TEL AVIV: Tentera Israel mendakwa mereka sudah membunuh lima pemimpin pejuang Hamas termasuk ketua bahagian udara dan dua komander batalionnya.
Ia berdasarkan bukti gambar pemimpin tentera Slot Deposit 10rb Hamas dengan lima bulatan merah dengan label ‘dihapuskan’, yang Pasukan Pertahanan Israel (IDF) keluarkan pada 5 Disember.
Ads by
READ MORE
00:00
/
02:06
Sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam, mengesahkan bulan lalu bahawa sekurang-kurangnya tiga lelaki dalam gambar itu terbunuh.
Antaranya termasuk Ahmed al-Ghandour, pemimpin tentera utara Gaza yang dikenali sebagai Abu Anas, dan timbalannya, Wael Rajab manakala seorang lagi ialah Rafet Salman, seorang komander batalion Hamas.
DISYORKAN UNTUK ANDA
TERKINI: Israel-Hamas setuju henti sementara perang 4 hari, 50 tebusan akan dibebaskan
Israel bermesyuarat bincang pertukaran tebusan dengan Hamas
Tiada pembebasan tebusan sebelum Jumaat – Israel
Warga Israel rayu Netanyahu: ‘Tolonglah ambil mayat mereka, kebumikan di sini’
Israel semak senarai kedua pembebasan tebusan Hamas
Hamas tidak puas hati cadangan lanjutan pemberhentian perang Israel
Ketua perisik Israel, AS jumpa PM Qatar bincang gencatan senjata Gaza
Perang di Gaza berlanjutan sekurang-kurang dua bulan lagi – Zionis
Tentera Israel berkata gambar itu diambil ketika pemimpin Hamas itu bersembunyi di dalam terowong di bawah kawasan perumahan berhampiran Hospital Indonesia di bandar Beit Lahia di utara Gaza.
Unit perisikan Israel menganalisis gambar itu selepas ia dirampas di Gaza tetapi tidak mendedahkan siapa yang mengambilnya. Beberapa butiran gambar, termasuk tarikh dan lokasi tepatnya, tetapi tidak dapat disahkan secara bebas.
Tentera Israel tidak menyatakan serangan di lokasi mana pemimpin Hamas itu terbunuh.
Tentera Israel berkata, mereka sudah menembusi barisan pertahanan dan melakukan ‘serbuan yang disasarkan di tengah-tengah bandar’, malah menemui dan memusnahkan 30 terowong didakwa milik Hamas.
Israel turut mengebom Rafah selepas mereka mengarahkan penduduk berpindah dan mencari perlindungan di tempat lebih selamat.
Penduduk Gaza melarikan diri ke kampung Al-Masawi tetapi sukar mendapatkan tempat perlindungan atau bantuan di sana.
Tentera Israel menyasarkan kepimpinan Hamas sejak kumpulan itu melancarkan serangan ke atas selatan Israel selatan pada 7 Oktober yang membunuh sekitar 1,200 orang dan lebih 240 orang ditahan sebagai tebusan.
Sejak itu, Israel telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas dengan niat untuk memusnahkan pertubuhan itu.
Ia meletakkan Gaza, yang dikuasai kumpulan itu sejak 2007, di bawah kepungan, memotong bekalan makanan dan bahan api, serta menjadikan jaluran itu sasaran kempen pengeboman mereka.
“Hamas mahu memisahkan kami, kami akan hapuskannya,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada 5 Disember selepas beliau bertemu keluarga tebusan Israel yang masih ditahan di Gaza.
Menurut Netanyahu, Israel telah membunuh ‘kira-kira separuh daripada komander batalion Hamas’, tetapi beliau tidak memberikan nama dan butiran kesemua mereka yang terbunuh.